Wednesday, September 25, 2013

Sanah Helwah Adik-adik Achik .

Assalamualaikum readers,

Story untuk 26 September 2013,

Alhamdulillah, genap 18 tahun adik kembar saya . Kalau ikutkan ni tahun pertama yang tak dapat nak celebrate ngan diaorang . Ofcos kalau masing-masing dekat senang la jugak nak ajak makan-makan kan.

Ucapan achik untuk the twin yang kadang-kadang stalker blog achik ni kan :-

To Boboy  :
  • Semoga kesihatan sentiasa sihat dan di panjangkan umur.
  • Belajar rajin-rajin , tak mau asik nak makwe2 je.*ingat sikit, kalau acik reject pilihan awak tu awak kena terima kenyataan tau! haha..
  • Hopefully awak sentiasa happy n kalau ade problem just share ye even achik tak dapat selesaikan just let me know please.

To Cekda :
  • Semoga kesihatan sentiasa sihat dan di panjangkan umur.
  • Belajar rajin-rajin , tak mau asik nak ngan Incik Jamil tu je *Incik Jamil belom lepas ujian achik lagi tau.
  •  Hopefuly awak sentiasa happy n teruskan habit awak yang sentiasa share problem ngan Achik. 
  • Tq sebab sudi dengar cerita Achik jugak sometimes.
 Syukur Alhamdulillah Achik dikurniakan adik-dik yang sangat memahami cuma kadang-kadang suka bahan achik jugak. TQ DEAR. LOVE BOTH OF YOU.

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQerrdYiFlzv_y15EOG5eiJ1PZ0dXZNZhKi_M9zDDd4Rn3ZHDXA

with love,

end.
 

Tuesday, September 24, 2013

Ujian

Assalamualaikum readers,

25 September 2013

Ape kabar readers..yes i know u alls sihat kan.. alhamdulillah..
Harini sampai awal kat ofis, disebabkan da 2 hari berturut2 saya masuk lewat disebabkan JEM ..haha..
So harini keluar la awal sikit . Bila sampai je kat ofis, perkara pertama saya buat ialah on da fone ngan Along. Aktiviti ni da jadi macam rutin plak.. so borak macam-macam..plan nak cuti la..haha..
 Harini minum pagi awal sikit disebabkan perut macam tak begitu sihat so pagi-pagi lagi da makan nestum :)

Lepas minum pagi dapat mesej dari angah yang dia excident . Terkejutla saya kan, dengan keadaan perut dia tu..haih mula la saya gelabah kejap..Memandangkan abang Fariq kat perak so saya da da pikir-pikir macam nak pergi Putrajaya je terus tapi bila call, dia kata langgar sikit je cuma dia rase sakit kat perut akibat dari break  mengejut tu kot. Triple gelabah saya jadinya disebabkan dia call tu nangis-nangis plak tu..haih si budak kememey ni..sikit-sikit nangis.. haha..padahal saya sendiri pun macam tu..hehehe.. Bila dia da cool sikit dari nangis tu, dengan kuasa veto saya seorang adik ni suruh dia pegi klinik swasta untuk scan baby dia tu.. takut pape effact plak sebab dia da ngadu sakit perut tu. Alhamdulillah selang beberapa jam dia mesej semua ok. haih.. punya la risau kan..da la kredit saya plak habis menjadikan lagi susahla saya nak contact dia..ape2 pun harap-harap semua ok..readers pun doakan la anak buah saya tu pun ok yer..Alhamdulillah mungkin ni Ujian.

tq readers,

end.

Thursday, September 19, 2013

Septemberians .

Assalamualaikum readers,

Lame rasenyer tak update blog :) .

Yes, bila lame tak update ni saya rase macam tak tau mana satu nak dimulakan dulu ceritanya . Banyak sangat gamaknya . hehehe..

Antara moment yang best :)
Sabtu,
07 September 2013 .
Pagi tu buat OT kat ofis, almaklumlah banyak sangat keje so nak tak nak WAJIB buat OT . Kami berempat saya, abang hafiz, en.fen n wafy . Lepas da sarapan sama-sama, suma sebok buat keje..alhamdulillah memangla tak settle 100% tapi dapat la siapkan yang mana urgent tu . Ingatkan nak buat sampai kul4 tapi tidak kesampaian sebab alya da call kata nak ambik pegi makan meat ball..yeahh, bersemangatla saya kan.. nasib baik sebelum keluar g keje tu da settle suma kat rumah . Jadi dengan riang hati lepas dapat  permission dari En.Mustaffa , terus je set ngan alya amik kat ofis..heheh.. Kami pergi bertiga . Ingatkan nak makan meat ball . last2 makan pancakes . huh . hampanya saya, sebab lama da plan nak makan meat ball tu  :( tapiiii boleh dikatakan pancakes tu pun superb jugak . sedap gila seyh . readers patut cuba . saya lupa nama cafe tu tapi dia ade kat Mid Valley . Lepas makan + solat , teruskan aktiviti tengok wayang tapi movie yang kami nak tengok ade waktu maghrib je.. kami batalkan hasrat tu n terus je main bowling... Lepas main bowling , kami teruskan agenda masuk suma kedai kasut ..hehe.. Ada yang berkenan tapi simpan hasrat tu dulu disebabkan banyak lagi keperluan lain yang perlu di dahulukan ye.. sabar ye wani :) . Kesudahannya kasut yang saya berkenan tu saya suggest kat alya untuk dia beli .. yeay , walaupun bukan saya beli tapi kawan baik saya dapat pakai kasut tu pun da kira best da sebab cantik sangat kasut tu..hehe :) Habis je pusing kami pun balik . Ingatkan tak jem tapi nak sampai ke Gombak tu ya Allah jem sangat2 der tambah plak hujan.


Khamis,
12 September 2013 .
Oleh kerana ayah ada checkup so saya ambil cuti sebab sememangnya urusan di hospital semestinya lama. Jadi malam rabu tu saya da gerak ke putrajaya, nak elak jem hari khamis tu.. So malam tu lepas makan terus gerak ke Putrajaya :)  .Nampak tak senyum tu . hehe.. senyum sebab dapat tengok Jodoh Itu Milik Kita . hehe.. hari tu singgah sekejap je jadi tak dapat tengok, jadi malam tu saya tengok dari episod 1 - 12 . hehe . baru puas hati kan . Pagi tu siap2 suma n terus ke Hospital Serdang . semua urusan berjalan lancar . malam Khamis tu kul11.30 gerak ke LCCT untuk amik boboy . haih . kemanjaan melampau ye..malam tu jugak gerak balik ke Gombak sebab hari jumaat tu saya ada ceramah di Sungai Buloh.

Sabtu,14 September 2013 .
Bila kembar yang sorang da ada kat rumah so wajib la kembarnya pun ade kan . Hari sabtu baru nana balik rumah .. sebab UITM ade program larian kat Putrajaya n tambah pulak Incik Jamil ade buat kenduri mak dia so nana pergila ziarah maknya..so petang tu baru smapai Gombak..ha.. baru la meriah rumahkan..hilangla rasa rindu tu..tipula saya cakap tak rindu kat diaorang kan sebab saya kan kakak ..haha..kakak la sangat..

Isnin,
16 September 2013,
Hari Malaysia . Pagi-pagi lagi da ke LCCT disebabkan flight boboy kul10lebih so bergegasla saya ye..Nak pergi hantar dia pun rasa sedih je, yela nak jumpa dia lagi tu lambat lagi disebabkan dia nak final exam..erm nak buat macam mana kan.. tahan jela sedihnya tu.. *wani kan kuat . Lepas hantar boboy, terus hantar nana ke Puncak Alam.. ni lagi satu hal, walaupun dekat tapi sama jugak, takkan dia nak balik tiap2 minggu pulakkan..lepas da hantar dua2 balik, sunyila saya kan..takda orang nak dengar citer saya, takda  lagi orang yang nak saya gaduh n yang paling penting takda orang yang nak saya bahan..huhu..walaupun sebenarnya diri sendiri yang selalu kena bahan ngan boboy.. sampai nangis2..huhu..sunyi der.. :(


Ok, sampai sini dulu readers.. nanti saya sambung lagi ye..
wasalam.

end.


 
 

Sunday, September 8, 2013

Jujur itu Indah ;)

Assalamualaikum readers..

ermm..mood untuk minggu ni bercampur baur . so readers tengok title jela yer.. takda mood saya nak karang panjang-panjang .

tq..

end :(

Monday, September 2, 2013

Kami :)

Assalamualaikum readers,

Tiba-tiba rindu ngan En.Nuar dan Tuan Haji..

so upload la gambar kat bawah ni .

KAMI ;)


end.