Thursday, September 25, 2014

Buku Baru .

Assalamualaikum,

Readers,

Ya.. jam di dinding da menunjukkan jam 5.30 petang . Masih belum pulang . Mood bila meja office kesing ni mood macam seronok pegi office . hahahah . serius .

Selepas daripada entry sebelum ni, rasa macam nak bagitau ualls yang iolls nak mulakan buku baru mulai saat dan jam ini. Tak nak pandang belakang dahh.. Redha dengan apa yang Allah da tentukan . Buang jauh-jauh buku negatif yang penah saya buka dulu n now dengan riangnya nak bagi tau mood telah bertukarrrrr !!! 

Things to do untuk buku baru :)

1) Redha dengan ketentuanNya . Itu yang terbaik .
2) Dekatkan diri pada yang Maha Esa .
3) Spend time untuk family dan diri sendiri. #hargai diri sendiri
4) Happy macam dulu, abaikan benda lalu. Mau WANI yang duluuuu . glurpp
5) Fokus pada future . (aset + jodoh) hahahah .. yang jodoh tu tak tahan tu.. nak fokus acane tuu..lalala


p/s untuk diri sendiri : Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya jadi redha dan percaya apa yang berlaku ni pasti pasti dan pasti ada hikmah yang tersembunyi. hanya bila, dimana dan bagaimana cara Allah sampaikan mesej hikmah tu je yang kita masih tunggu. Ujian itu tanda Allah sayang kita dan Allah nak kita sentiasa ingat padaNya.

with love.
-wani -


Wednesday, September 24, 2014

Go with the flow :)

Assalamualaikum,

Wahai readers yang saya sayang.. sory..masa sangat suntuk untuk saya aktif berblogger.. tapi serius saya janji saya akan hupdate okeyhh..

For the 3 month ni memang emosi sangat tidak stabil.. ntah kenapa.. 3 bulan nokk.. lama terrr.. tapi nak buat macam mana kan, berbalik kepada tajuk entry adalah go with the nice flow yang Allah da tulis untuk buku hidup saya .

Terkilan - Ini saya nak kongsi ngan readers, dalam 3 month ni saya sangat terkilan dengan ikatan persahabatan yang terjalin almost 6 month yang putus tanpa tau punca dan musababnya . Lepas 1 call yang saya tak angkat plus text kat whatapps, fb n masej n then saya tak reply untuk 4 hari  then terus sahabat saya tu macam da tak nak kawan . hmm.. terkilan ngan sifat orang yang macam ni . sangat tak professional saya rasa . I know Allah bagi hubungan tu jadi pendek sebab tak nak saya frust macam sebelum ni kan . Thank You Allah . Syukur .

Tanda tanya -Persoalan yang sentiasa diminda saya . kenapa tetiba jadi macam ni? Takda angin takkan pokok bergoyang . hmm..

Perasaan - Seriusly dalam masa 3 bulan ni perasaan bercampur baur . Ada sedih, marah, geram n gembira . Even jumpa first selepas 2bulan tak jumpa tu memasing macam takda apa masalah . Saya dengan cara saya n awak pun sebaliknya. Duhai hati, mohon kuat kerana Allah. Biar sayang Allah lebih daripada segala-galanya. Sebab itu saya mampu tersenyum lagi depan awak.

Pesanan - Untuk awak, saya doakan awak bahagia dengan cara awak nih. Saya hanya ikut flow yang Allah da tentukan untuk saya. Jangan ego dengan diri sendiri, kelak awak akan menyesal dear. Jangan main dengan kata-kata yang mungkin akan makan diri sendiri. In sya Allah . Sepanjang kita kawan, apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk adalah kesilapan saya sendiri. Saya mohon maaf andai ada terkasar bicara, terlawak sakan dan terluka kan hati awak sampai awak sentap macam ni. Terima kasih atas makan minum n apa-apa yang awak pernah cuba buat untuk saya. Saya hargai yangg :) .# rugi tak simpan tiket tengok wayang tu, suma saya bagi pada awak tapi saya tau awak masih simpan#. keep our memory is da best part in ur life .



with love,
 - wani

Kenapa ?

Assalamualaikum,

Wahai readers, soryyy...saya sangat-sangat takda mood untuk sebulan ni..hmm. ujian lagi untuk kali ini. Allah uji sebab Allah sayang...yes.. i agree :)

Alhamdulillah, Allah sentiasa mahu hambaNya yang sorang ni sentiasa ingatNya. Syukur kerana Allah sayang saya.. Untuk kesekian kalinya, bila mula berkawan je mesti ade je ujian yang datang. Mungkin ni cara Allah bagi petunjuk bahawa saya jangan cepat beri sepenuh hati dengan manusia. Hati hanya pada Allah . Ingat tuu wani..please!! haih.. tapi kali ni sangat berbeza, tetiba berubah tanpa bagi signal pun dan saya dapat rasa puncanya adalah datang daripada pihak saya tapi saya berubah sebab awak juga dah ade orang lain kannn.. napa ego tinggi menggunung sangat sampai jadi macam ni..kita sedih sebab hubung best friend kita dah terhenti setengah jalan.. how la jadi macam ni.. saya mengharapkan even awak ada orang lain pun persahabatan kita still kekal. Semoga Allah bukakan pintu hati awak untuk maafkan kesalahan saya. amin.