Thursday, August 29, 2013

kekasih vs kawan baik ;)

Assalamualaikum readers,

Pagi-pagi tadi sempat baca metro so terjumpa artikel ni.. saja saya nak share dengan readers.. kadang-kadang kita terlepas pandang pasal ni kan.. so saya dengan riang hati copy artikel tu untuk pengetahuan readers yer . 

 Terdapat beberapa cara untuk seseorang boleh mengenal pasti sama ada perasaan yang wujud dalam hati masing-masing bersifat suka atau cinta. Antaranya memahami bahawa rasa cinta dan persahabatan sebenar mempunyai nilai yang hampir sama. Oleh itu, anda perlu benar-benar mendalami dan mengkaji perasaan terhadap orang yang dikasihi.

  • Persahabatan sejati apabila dua rakan baik bertengkar, mereka masih setia sebagai kawan dan tidak akan ditinggalkan hanya kerana pergaduhan kecil.
    Biarpun anda menyangka diri membencinya, kehidupan terasa kosong dan tidak sama tanpa dirinya.

    Cinta juga membawa kepada perasaan yang sama namun lebih mendalam seperti apabila biarpun bergaduh, anda masih berharap orang dicintai berada hampir dengan anda dan merinduinya hinggakan anda berasakan biarlah kehilangan segalanya asalkan orang yang dicintai ada bersama.



  • Menyedari sahabat sejati adalah seseorang yang anda boleh berkongsi pelbagai aktiviti dan pemikiran kerana rasa selesa dengan mereka.

    Anda juga boleh memberitahu kepada mereka rahsia yang tidak sekali-kali dikongsi dengan orang lain.

    Cinta pula apabila masalah timbul, anda akan berkongsi dengan orang itu kerana anda tahu mereka mengambil berat, mendengar dengan teliti dan memberikan nasihat yang membantu. Mereka tidak akan sekali-kali menunda untuk mendengar luahan hati anda dan bersedia pada bila-bila masa menjadi pendengar setia.



  • Sahabat sejati akan mempertahankan anda daripada dibuli atau diejek oleh orang lain. Rakan anda juga akan memberi kata-kata semangat kepada anda. Mungkin dia akan mengatakan mereka yang mengejek anda sebagai orang yang negatif dan tidak mengenali diri anda yang sebenarnya.

    Orang yang mencintai anda juga akan bangun mempertahankan hati anda daripada dilukai. Si dia mungkin mengatakan sesiapa yang membuli anda sebagai golongan yang tidak ada akal yang panjang. Mereka akan mengatakan anda sempurna seadanya dan tiada cacat cela pada diri anda.



  • Persahabatan sejati apabila anda tahu biarpun anda berdua terpisah jauh, kedua-duanya akan berusaha untuk menghubungi satu sama lain tanpa mengira saluran yang digunakan kerana anda tidak mahu kehilangan rakan baik.

       Bagi cinta pula, selalunya amat jarang bagi anda sanggup terpisah jauh biarpun sekejap. Sememangnya anda tidak perlu berada dengannya setiap saat tetapi sehari tidak berjumpa sudah pasti hati tidak keruan, apatah lagi jika berjauhan seminggu.

    Orang yang mencintai anda juga sanggup menolak tawaran kerja di tempat lain atau turut membawa anda bersama daripada terpisah jauh biarpun sehari.



  • Apabila rakan baik cuba merapati orang yang diminatinya, anda berasa gembira dan teruja untuk mereka. Sebaliknya sekiranya orang yang anda cintai cuba merapati orang lain, anda berasa amat cemburu.

    Begitu juga apabila si dia beramah mesra dengan orang lain walaupun hanya sebagai rakan, anda berasa terancam tetapi jauh di sudut hati anda tahu hatinya milik anda.



  • Sahabat sejati tahu menghargai anda seadanya dan tidak akan menyuruh anda berubah kerana pada kaca mata mereka anda sudah hebat.


  • Orang yang mencintai anda pula menerima diri anda seadanya kerana nilai yang ada pada diri anda ketika bertemu pertama kali itulah yang membuatkan si dia jatuh cinta pada anda. Mereka menerima kekurangan dan menghormati diri anda kerana itulah diri anda, insan yang mereka kasihi.


  • Rakan sejati tidak akan sesekali memaksa atau memberi tekanan kepada anda untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai.

    Biarpun begitu, kekasih mungkin akan memberi sedikit ‘paksaan’ kepada anda untuk melakukan sesuatu sekiranya ia perlu supaya anda dapat mencapai potensi sebenar diri.

    Mereka dapat merasakan sendiri keinginan anda dan sekiranya anda memang benar-benar tidak mahu melakukan sesuatu, mereka akan berhenti memberi tekanan.



  • Menyedari bahawa rakan baik akan menggalakkan anda menjadi insan lebih baik dengan merebut peluang yang ada, biarpun perkara itu tidak memberi kesan positif kepada mereka.

    Kekasih juga akan memberi sokongan kuat kepada anda sekiranya anda mendapat peluang hebat untuk berjaya atau mengembangkan bakat. Mereka juga akan meyakinkan andalah yang terbaik serta lupakan kata-kata negatif daripada orang sekeliling. Mereka banyak membantu anda membuat keputusan yang sukar.


  • Persahabatan sebenar wujud apabila anda berasa seolah-olah mempunyai adik, abang atau kakak yang anda tidak pernah ada sebelum itu terutama bagi mereka yang juga anak tunggal.

    Cinta pula membuatkan anda berasa seperti bertemu sebahagian lagi diri anda dan ia melengkapkan diri anda sepenuhnya.


  • Kedua-dua perasaan sayang sebagai sahabat dan cinta seorang kekasih kelihatan sama namun apa yang penting, kedua-duanya amat berharga dan tidak boleh dilepaskan begitu saja.

    Kedua-duanya perlu dihargai kerana mereka mahukan yang terbaik untuk diri anda dan bahagia apabila melihat anda tersenyum.
So readers, lepas baca artikel ni tepuk dada tanya selera yer.. tq kepada penulis artikel di Harian Metro:)

end.

No comments:

Post a Comment