Assalamualaikum readers,
Selamat Hari Raya Korban..
Semoga pengorbanan readers diterima oleh Allah .
Untuk raya Aidiladha tahun ni kami semua berkumpul di Taman Sri Gombak dan saya buat Kari Daging . hehehe.. Oleh kerana saya puasa hari Isnin tu so malam raya tu baru buat dengan nana . Actually saya tak pernah buat kari, selalu harapkan angah je buat . Start buat kul8.45 pm, siap2 bahan semua then terus rebus nasi impit, fyi nak buat kari ni bukannya mengambil masa lama . cuma renyah sikit sebab kena rebus kentang n daging dulu, tu yang membuatkan lambat tu. Thenn sampai kul 12 baru settle masak suma. hehehe..hasilnya bila saya rase malam tu alahaaaaaaaiiiiii..pahittttt . mula nak nangislakan. sebab macam da berhajat nak bagi jiran sebelah rumah yang tak balik raya jugak . haih . Bila tiba keesokan harinya da siap-siap nak pegi solat raya + bermaafan dengan semua,saya mula panaskan kari tu . langsung tak bersemangat nak panaskan sebab da tau hasilnya tak menjadi . Then dalam kul9 balik sembahyang raya, seperti yang telah dijangka jiran saya bagi nasi dagang . haih . lagi bertambah hampa sebab dok fikir nak balas apa pulak nih.. takkan nak bagi nasi impit kosong jerrrrrrr... :(
Selesai hidang terus je makan..tapiii saya tak berani nak makannn nanti saya frusttt.. First saya tunggu semua makan n yang paling penting tunggu reaction ayah :))
wani : macam mana yah ? sedap tak?
ayah : errrmmm
wani : *pandang boboy n idah* then tanya sedap tak??
twin : masing-masingmacam berat nak angguk
wani : hampa *nak nangis da ni..
ayah : sedapp la chik.. ok je..
nana : sedapla..ingatkan tak jadi..*sambil senyum-senyum :)
wani : serius?? achik nak bagi Cikgu ( jiran ) ni..
ayah : ye sedap, nak bagi tu cepat sikit..sekarang time makan.
wani : baikkk *dengan riang hati ambil mangkuk.
Alhamdulillah, respond baik untuk Kari Daging first touch saya tu . hehe.. menjadi:))
Untuk raya korban tahun ni kami tak pergi mana-mana pun. Penuhkan masa cuti sehari tu untuk kami berborak adik beradik . Riuh dibuatnya . hehe.. Alhamdulillah syukur .ada beberapa keping gambar yang saya ambil waktu kami otw nak pergi solat sunat Hari Raya Korban tapi nanti saya upload yerrr..
tq readers,
love u .
end
No comments:
Post a Comment