Thursday, August 29, 2013

Jamuan Raya UPSM 270813

Assalamualaikum readers,

Lamenyer tak update blog ek.. banyak nak citer tapi macam tak berkesempatan plak readers. Minggu yang sangat padat sebab bos kecik saya nak bertukar ke unit lain. :( so kena siapkan keje dengan pantas cekap dan betul . hehehe..

So pada 27 Ogos 2013 ade jamuan raya untuk UPSM + jamuan perpisahan la. Malas nak citer panjangkan, readers tengok gambar jela ek..


yang diraikan Tuan Haji Naini
SKP , SPE n SPJ :)

BIG BOS > cabutan bertuah ;)

PUAN EMI dengan pemenang > pakaian perempuan terlajak anggun :) *cewah  






 Itu je readers, sebenarnya banyak gambarnya tapi jenuh tuggu la der.. hehehe..

end.

kekasih vs kawan baik ;)

Assalamualaikum readers,

Pagi-pagi tadi sempat baca metro so terjumpa artikel ni.. saja saya nak share dengan readers.. kadang-kadang kita terlepas pandang pasal ni kan.. so saya dengan riang hati copy artikel tu untuk pengetahuan readers yer . 

 Terdapat beberapa cara untuk seseorang boleh mengenal pasti sama ada perasaan yang wujud dalam hati masing-masing bersifat suka atau cinta. Antaranya memahami bahawa rasa cinta dan persahabatan sebenar mempunyai nilai yang hampir sama. Oleh itu, anda perlu benar-benar mendalami dan mengkaji perasaan terhadap orang yang dikasihi.

  • Persahabatan sejati apabila dua rakan baik bertengkar, mereka masih setia sebagai kawan dan tidak akan ditinggalkan hanya kerana pergaduhan kecil.
    Biarpun anda menyangka diri membencinya, kehidupan terasa kosong dan tidak sama tanpa dirinya.

    Cinta juga membawa kepada perasaan yang sama namun lebih mendalam seperti apabila biarpun bergaduh, anda masih berharap orang dicintai berada hampir dengan anda dan merinduinya hinggakan anda berasakan biarlah kehilangan segalanya asalkan orang yang dicintai ada bersama.



  • Menyedari sahabat sejati adalah seseorang yang anda boleh berkongsi pelbagai aktiviti dan pemikiran kerana rasa selesa dengan mereka.

    Anda juga boleh memberitahu kepada mereka rahsia yang tidak sekali-kali dikongsi dengan orang lain.

    Cinta pula apabila masalah timbul, anda akan berkongsi dengan orang itu kerana anda tahu mereka mengambil berat, mendengar dengan teliti dan memberikan nasihat yang membantu. Mereka tidak akan sekali-kali menunda untuk mendengar luahan hati anda dan bersedia pada bila-bila masa menjadi pendengar setia.



  • Sahabat sejati akan mempertahankan anda daripada dibuli atau diejek oleh orang lain. Rakan anda juga akan memberi kata-kata semangat kepada anda. Mungkin dia akan mengatakan mereka yang mengejek anda sebagai orang yang negatif dan tidak mengenali diri anda yang sebenarnya.

    Orang yang mencintai anda juga akan bangun mempertahankan hati anda daripada dilukai. Si dia mungkin mengatakan sesiapa yang membuli anda sebagai golongan yang tidak ada akal yang panjang. Mereka akan mengatakan anda sempurna seadanya dan tiada cacat cela pada diri anda.



  • Persahabatan sejati apabila anda tahu biarpun anda berdua terpisah jauh, kedua-duanya akan berusaha untuk menghubungi satu sama lain tanpa mengira saluran yang digunakan kerana anda tidak mahu kehilangan rakan baik.

       Bagi cinta pula, selalunya amat jarang bagi anda sanggup terpisah jauh biarpun sekejap. Sememangnya anda tidak perlu berada dengannya setiap saat tetapi sehari tidak berjumpa sudah pasti hati tidak keruan, apatah lagi jika berjauhan seminggu.

    Orang yang mencintai anda juga sanggup menolak tawaran kerja di tempat lain atau turut membawa anda bersama daripada terpisah jauh biarpun sehari.



  • Apabila rakan baik cuba merapati orang yang diminatinya, anda berasa gembira dan teruja untuk mereka. Sebaliknya sekiranya orang yang anda cintai cuba merapati orang lain, anda berasa amat cemburu.

    Begitu juga apabila si dia beramah mesra dengan orang lain walaupun hanya sebagai rakan, anda berasa terancam tetapi jauh di sudut hati anda tahu hatinya milik anda.



  • Sahabat sejati tahu menghargai anda seadanya dan tidak akan menyuruh anda berubah kerana pada kaca mata mereka anda sudah hebat.


  • Orang yang mencintai anda pula menerima diri anda seadanya kerana nilai yang ada pada diri anda ketika bertemu pertama kali itulah yang membuatkan si dia jatuh cinta pada anda. Mereka menerima kekurangan dan menghormati diri anda kerana itulah diri anda, insan yang mereka kasihi.


  • Rakan sejati tidak akan sesekali memaksa atau memberi tekanan kepada anda untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai.

    Biarpun begitu, kekasih mungkin akan memberi sedikit ‘paksaan’ kepada anda untuk melakukan sesuatu sekiranya ia perlu supaya anda dapat mencapai potensi sebenar diri.

    Mereka dapat merasakan sendiri keinginan anda dan sekiranya anda memang benar-benar tidak mahu melakukan sesuatu, mereka akan berhenti memberi tekanan.



  • Menyedari bahawa rakan baik akan menggalakkan anda menjadi insan lebih baik dengan merebut peluang yang ada, biarpun perkara itu tidak memberi kesan positif kepada mereka.

    Kekasih juga akan memberi sokongan kuat kepada anda sekiranya anda mendapat peluang hebat untuk berjaya atau mengembangkan bakat. Mereka juga akan meyakinkan andalah yang terbaik serta lupakan kata-kata negatif daripada orang sekeliling. Mereka banyak membantu anda membuat keputusan yang sukar.


  • Persahabatan sebenar wujud apabila anda berasa seolah-olah mempunyai adik, abang atau kakak yang anda tidak pernah ada sebelum itu terutama bagi mereka yang juga anak tunggal.

    Cinta pula membuatkan anda berasa seperti bertemu sebahagian lagi diri anda dan ia melengkapkan diri anda sepenuhnya.


  • Kedua-dua perasaan sayang sebagai sahabat dan cinta seorang kekasih kelihatan sama namun apa yang penting, kedua-duanya amat berharga dan tidak boleh dilepaskan begitu saja.

    Kedua-duanya perlu dihargai kerana mereka mahukan yang terbaik untuk diri anda dan bahagia apabila melihat anda tersenyum.
So readers, lepas baca artikel ni tepuk dada tanya selera yer.. tq kepada penulis artikel di Harian Metro:)

end.

Tuesday, August 20, 2013

14 Syawal 1434 Hijrah

Assalamualaikum readers,

Pagi ni tiba-tiba neves plak.. haha.. ni suma kerana anda yer En.Hafiz..kalau tak sebab abang Hafiz takda la wani bawak Laksa Goreng tu yer..Al maklumlah isterinya mengandung kan so dia pulak macam over mengidam..over tau..Yes laksa goreng..mesti readers tak penah makan gak kan..hehe..Bila saya cakap laksa goreng je mula la orang cakap masak macam mane?kan dia melekat?ermm boleh makan ke? haiih sabo jela.. kalau saya masak tu mestila boleh makan, kalau tak , takkan saya masak..alahaii.. :)
Pagi ni In Sya Allah ada bacaan Doa selamat untuk Encik Azafi yang akan cuti  belajar n Haji Naini yang akan bertukar :( . semoga majlis berjalan lancar n laksa goreng saya diterima oleh suma . ecehh neves seyh ;)

Semalam bila baca blogger yang lain, tiba-tiba ade baca satu citer yang sangat-sangat mendalam citer dia dan dari citer tu saya dapat satu ayat yang betul-betul dekat dengan saya . yeay . wani kan kuat :p


* Jika ia yang terbaik untukmu, ia tak akan menyakitimu. Tak perlu meratapi orang yang sudah melukaimu, biarkan ia pergi.

wasalam.
 end

Sunday, August 18, 2013

Senyum itu sedekah .

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah pagi Isnin yang sangat bersemangat n happy . takyah la tanya kenapa kan . hehehe :)

Ok, kalo nak tengok title napa agaknya saya cakap macam tu yer..ermm..

Pagi tadi drive nak pegi keje so macam biase la kan dengar Hotfm bila dengar panggilan hangit tu saya mula la gelak + senyum sorang-sorangkan tiba- tiba ade 1 keta ni macam pandang saya pelik je..bukan dia je tau tapi suma dalam keta tu pandang saya pelik.. kebetulan kat trafic light pulak tu.. haih.. mula la saya pelik kan..takut-takut ade something kat keta ke..bila saya jalan je dia pun pandang saya pastu geleng-geleng kepala..hahah.. macam ape je abang tu kan.. nak je bukak tingkap bagitau yang saya tak gila tapi saya gelak sebab panggilan hangit tu.. haih sabor jela kan..

Mesti abang tu da fikir saya ni gila gelak sorang-sorang kan..what ever la bang oii.. saya mulakan pagi saya dengan senyuman baru la rezeki senang masuk..Abang pun perlu ikut macam saya tau..hehehe..


 
end.

Friday, August 16, 2013

huh .

Assalamualaikum readers,

Hari ni da 9 Syawal 1434 Hijrah .

Sekadar luahan perasaan .

Cukupla untuk awak nak bagi harapan ape-ape dah . Mungkin da xda harapan untuk hubungan dulu dan awak tak perlu nak mesej ape-ape dah . cukup lahhh.. saya da bosan da nak terima janji kosong yang pernah awak bagi dulu . cukup yer . kalau awak bace blog ni harap awak faham . plzz faham . 

end.


Wednesday, August 14, 2013

Ijab & Qabul ;)

Assalamualaikum readers,

08 Syawal 1434 Hijrah

Semalam lepas buat keje bla bla.. kul9 terus kaku depan tv yer. Sebab nak tengok cter Ijab & Qabul . Alahai fallingnyer ngan watak Adi Putra . Sweet sangat yer cara dia tu . Agak- agaknya ade lagi tak lelaki gitu ek..haha..kalau ade pun bole kira ngan jari kot..lalala.. Best gila drama tu kot . 
Kalau ade novel Ijab & Qabul ni harus di beli yer . Menambah koleksi yang sedia ade tu kan. 
Masuk je ofis arini da sibuk citer ngan kak ain pasal citer ni.. hehe.. sampai terbawak-bawak dalam tidur gamaknya yer.. punyala obses kan..haha..



p/s : wahai klon Adi Putra, sila muncul depan saya plzz :)
end

Tuesday, August 13, 2013

Kemalasan .

Assalamualaikum readers,

Ya Allah harini start keje lepas cuti 6 hari.. serius malas sangat-sangat nak bangun pagi tadi . Tambah plak kena keluar awal sebab hantar angah naik train balik Putrajaya.

Harini kat ofis ade beberapa orang je. Kantin tak bukak plak . Belaparla gamaknya sampai kul1.
 Masing-masing muka ngantok je. Bila kul1 je kami berenam (saya, abang hafiz, kak ain, kak sha , ziana n k) g makan kat Setiawangsa .

Bila kat ofis tak da orang, mula la layan lirik lagu ni..huhu.. sedih je dengar..

Lirik Lagu Republik - Sandiwara Cinta

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

end.

Sunday, August 11, 2013

4 Syawal 1434H

Assalamualaikum readers,

Untuk raya keempat ni duduk rumah sahaja. Badan mula nak demam + naik bintik-bintik merah kat tangan tiba-tiba yer . alahai . jangan kata nak denggi lagi plak . sebab sendi pun macam sengal-sengal gak ni . haih . Nasibla esok cuti kalau tak acane nak g kije pun tak tau la ni .

Readers.. kat bawah ni pic sedara-sedara saya belah arwah mak .

arif , jiha , saya n nana


saya , nana , angah , jiha , arif, pakjang , along


Kejap je da masuk raya keempat ek . Bila da mula keje nanti mula la rutin harian yang akan kembali sibuk . Sebelum g keje nak kene buat sarapan n masak untuk makan tengah hari terus untuk ayah...ermm tak pela.. wani kan kuat .. hehehe . *kuat sangattttt :(

wasalam.
end.





Friday, August 9, 2013

Moment ;)

Assalamualaikum readers,

Hari ni da masuk 2 Syawal yer.. cepat masa berlalu. Raya pertama pun rasa macam kejap sangat sebab masa banyak habis kat jalan je . of coz  sebab jem la kan . haih . sabo jela .

So ni ada beberapa pic yang saya kongsikan untuk readers . Moment ni pada malam raya pertama .

Kemeriahan beraya di kampung . Syukur .












 Saja nak share gambar kami berempat di pagi raya kedua sebelum ziarah pusara arwah Mak .

Assalamualaikum Mak :)

Al-Fatihah 



 end.


Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum readers,

Syukur alhamdulillah . Selesai menyempurnakan Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan
Ramadhan . Semoga amalan yang telah di lakukan pada bulan Ramadhan dapat memberi syafaat kelak . Puasa tahun ni serius tak terasa , cepat sungguh masa berlalu .

Sambutan raya tahun ni macam tahun lepas juga , pagi raya baru akan balik ke Segamat dan wajib
bagi saya untuk berada di kampung pada hari raya kedua :) .  In Sya Allah untuk masa akan datang pun akan begitu juga . amin .

So untuk readers , saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin . Sekiranya sepanjang lahirnya blog saya ni ada membuat readers terasa hati harap readers maafkan yer . Untuk yang memandu, pandu berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang . pastikan juga had laju kenderaan anda dalam had laju yang dibenarkan yer .

end . wasalam .

#selamat tinggal Ramadhan , semoga kita berjumpa lagi . Assalamualaikum Syawal .


Thursday, August 1, 2013

2 in 1

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah da masuk 26 Ramadhan 1434 Hijrah.

Alhamdulillah berita gembira untuk taraf jawatan saya sekarang . Syukur ! berkat doa keluarga ,
sahabat/ kenalan dan orang tersayang . eceh.. sayang ke? lalala ;)

Pada 31 Julai 2013, rakan sepenjawat bersara . Kami kat ofis panggil dia ayah Nuar. Tak tau la napa
hari tu hati rasa sunyi je. Mana tak nya, selalu kat ofis kalau ayah Nuar tak pegi keje luar mesti dia,
En.Fen n Abang Hafiz yang akan kacau- kacau saya, borak-borak n buatkan suasana tu happy je.
Bila ayah Nuar da bersara ni mula la sunyi je.Harapkan en.fen jela yang buat lawak, kalau en.fen
tak da masing-masing senyap je . haih .

Hari yang sama jugak, dapat lagi satu cerita sedih.. bos kecik saya di arahkan untuk bertukar pula.. Alahai.. bertambah sedihla saya kan.. balik keja pun masih memikirkannya . Kalau ikutkan tak bole nak pandang bos kecik ni, nanti hati saya mesti sayu bila memikirkan yang beliau banyak bantu saya sepanjang 8 bulan saya da keje kat sini . Walaupun kadang-kadang ade kekurangannya tapi itu adalah salah satu ujian saya waktu keje bawah seliaan beliau. Ape yang penting budi baik beliau yang banyak bantu saya akan akan dikenang dan dibalas dengan kebaikan . In Sya ALLAH .aminnn..

To Bos Kecik : Terima kasih atas kata-kata semangat yang Tuan da bagi kat wani . In Sya Allah kalau diberi peluang dan ade rezeki wani akan sambung belajar. Terima kasih juga banyak bantu wani dalam segala hal dan ambil berat tentang wani dan terima kasih juga kerana dapat buat wani nangis depan Tuan 2 kali . huhuhu. :(

To Ayah Nuar : Terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat ayah pada wani . In Sya Allah kalau betol dia jodoh wani, doa ayah tu termakbul la yer . hehe .


end.