Wednesday, July 9, 2014

Konfius .

Assalamualaikum,

12 Ramadhan .

Sekejap je masa berlalu sampaikan da 12 hari puasa pun tak sedo tu..acane lah kan..

Semalam saya update blog pasal hati berbunga kan.. hari ni nak cerita hati berbunga tapi dalam kekeliruan . Haaaa... acane tu readers.. saya sendiri tak tau macam mana..

Sebelum apa-apa perassan muncul saya rasa lebih baik saya berterus terang dan alhamdulillah jam 11.50 malam semalam bersamaan 09 Julai 2014 saya telah cuba mendapatan kepastian daripada awak. Adakah hubungan kita ni lebih daripada seorang kawan atau sebaliknya.. Jawapannya awak masih ingat cerita lama so awak masih belum bersedia.Yeahh.. saya tanya bukan untuk ada apa-apa hubungan ye tapi saya kena berjaga-jaga juga..takut nanti saya ade hard feeling pula kang..susahkan.. Apa-apa pun..saya berserah dengan pencaturan Allah. biarlah Allah yang tentukan segalanya. Biar kita hanya ikut flow yee..


love.
wani

Tuesday, July 8, 2014

Hati Berbunga

Assalamualaikum,

Readers,

WOAHHH..

Hati berbunga selepas  layuu..acane tuu..hehehe..

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hati ini , saya telah bertemu dengan seseorang yang bagi saya sangat-sangat menghargai saya. Yes!! saya tak nak dalam sesuatu hubungan tu masing-masing takut dengan pasangan sebagai contoh ayat " ha..awak takut nak bagi tau saya la tuu" . Err...saya tak suka macam tu..saya cuba nak terapkan hubungan kita ni yang awak menghormati saya bukan takut dengan saya dan begitu juga sebaliknya. Jadi apa-apa yang awak lakukan tu awak mesti hormat yang awak dengan siapa sebenarnya. plzz respect.. itu je saya nak wakk.. Alhamdulillah semenjak kita kawan ni, sikap tu sememangnya da ada dalam diri awak, jadi tak perlu saya nak cakap lagi.. Awak nak pergi mana n buat apa pun alhamdulillah awak akan maklum pada saya. Saya mempercayai awak 100% jangan risau. Haa.. memang bila saya cakap saya dalam perhubungan saya suka percaya orang100% dan kawan-kawan mesti akan " jangan percaya wani..nanti kena tipuuu.." Iyoo..saya tau tu risikonya tapi saya percaya pada jodoh. Kalau betul seseorang tu jodoh kita mesti hati dia akan fokus pada pasangan tu sahaja..betul tak..hehehehe :)

Untuk kisah silam, saya sayang awak tapiii awak tak penah hargai saya. Mula-mula dulu banyak janji yang awak beri tapii bila yang lama muncul kembali, awak mula lupa ngan janji-janji awak tu.. 6 bulan wakk..kita sedih + sabar..hanya adik beradik n most bff saya sahaja tau perasaan saya dalam jangka masa waktu tuu.. xtau nak cakap cane..nangis dan terasa hati dengan sikap awk tu perkara biasa dahh..Sekarang awak muncul balik, awak saja nak bagi saya ingat awak balikkan..In sya Allah itu tidak akan terjadi..bahagia la awak bersamanya.




love.
wani