Thursday, December 25, 2014

Terharuuu :(

Assalamualaikum,



Ya Allah.. hati sayu.. harini dok teringat dia je..howw??



Lagu ni mengingatkan saya untuk malam 22 Oktober 2014..



Thank You awak !!



Wednesday, October 8, 2014

turn :)

Assalamualaikum,

Readers,

Dupdapdupdapdupdap

Debor weyyy.. tiktoktiktokk turn to 24 glurppp..risau nihh..

Mula la kat fikiran nihh..

Kalau umur 24 tahun niii mestiiii :

1) Da ada kerja tetap - done
2) Da ada kereta - done
3) Rumah - mencari woiiii
4) Da bertunang - errrr.. ni yangg dok jadi belenggu kehidupan nihhh..hahahahah
5) Da ado pasangan - errr.. macam ni punca sebab kat atas je derr..hahah..proses pencarian bermula

Especially perempuan mesti akan fikir 5 perkara ni kan..haihhh..bukan merungut tapi syukur dengan rezeki yang Allah da kurniakan terutama yang saya tulis done tuu..Alhamdulillah..semua itu adalah kepunyaan Allah..saya hanya pinjam sahaja bahkankan suma yang Allah kurniakan adalah pinjaman belaka bohh.. Bagi status yang masih dalam proses pencarian tu In Sya Allah, saya percaya Allah akan kurniakan rezeki tu satu hari nanti..tunggu jelahhh..Allah Maha Memahami.


Monday, October 6, 2014

20 fakta tentang diri :)

Assalamualaikum,

Readers,

Weehuu.. terasa nak hupdate 20 facts tentang diri..

1) Diberi nama Nur Zawani binti Mustaffa a.k.a Achik a.k.a Wani

2) Sangat-sangat sensitif/mudah tersentuh

3) tidak suka dipaksa . once cakap taknak means taknak la tuhh..

4) sangat takut dengan kucing . bukan benci tau readers tapi takuttttt

5) Suka makan cheese kek + coklat ( benda yang manis lahhh senang cakap)

6) orang yang cepat panas dan cepat sejuk kalo marah . (mood cepat beno berubah)

7) Orang kata pendiam tapii kalo da lama kenal mest tau yang saya ni banyak cakap sebenarnya.

8) sangat suka gelak . muka je nampak serius. ececeyyhh

9) Tak suka bau asap rokok . akan start pening uolls..

10) Degil . selalu beno nak bantah orang cakap .

11) Lemah lembut . kalo yang cakap saya lemah lembut ni mest slalunya orang yang lebih berusia yang akan cakap, kalo kawan2 haruslah dorang kata saya ni kasar.

12) Lembut hati. peel saya ni susah beno kalo orang merayu + buat muka sedih mintak tolong, mest akan cuba tolong.. tak bole nak kata tidak.. hanya angguk je waktu tuu..heheheh :)

13) sangat suka kasut. (koleksi yaww)

14) suka pendam perasaan.

15) Mudah sayang sesuatu tak kesahla barang atau manusia.

16) Suka beranangan sesuatu yang lebih advance a.k.a berhayal.

17) Peach addict

18) Asam Pedas addict

19) Gila stereng. (sangat suka drive)

20) Kemas . terutama pakaian. bila kemas rasa konfident tu berganda. #siap ade orang cakap macam Cikgu





love.
-wani -

Thursday, September 25, 2014

Buku Baru .

Assalamualaikum,

Readers,

Ya.. jam di dinding da menunjukkan jam 5.30 petang . Masih belum pulang . Mood bila meja office kesing ni mood macam seronok pegi office . hahahah . serius .

Selepas daripada entry sebelum ni, rasa macam nak bagitau ualls yang iolls nak mulakan buku baru mulai saat dan jam ini. Tak nak pandang belakang dahh.. Redha dengan apa yang Allah da tentukan . Buang jauh-jauh buku negatif yang penah saya buka dulu n now dengan riangnya nak bagi tau mood telah bertukarrrrr !!! 

Things to do untuk buku baru :)

1) Redha dengan ketentuanNya . Itu yang terbaik .
2) Dekatkan diri pada yang Maha Esa .
3) Spend time untuk family dan diri sendiri. #hargai diri sendiri
4) Happy macam dulu, abaikan benda lalu. Mau WANI yang duluuuu . glurpp
5) Fokus pada future . (aset + jodoh) hahahah .. yang jodoh tu tak tahan tu.. nak fokus acane tuu..lalala


p/s untuk diri sendiri : Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya jadi redha dan percaya apa yang berlaku ni pasti pasti dan pasti ada hikmah yang tersembunyi. hanya bila, dimana dan bagaimana cara Allah sampaikan mesej hikmah tu je yang kita masih tunggu. Ujian itu tanda Allah sayang kita dan Allah nak kita sentiasa ingat padaNya.

with love.
-wani -


Wednesday, September 24, 2014

Go with the flow :)

Assalamualaikum,

Wahai readers yang saya sayang.. sory..masa sangat suntuk untuk saya aktif berblogger.. tapi serius saya janji saya akan hupdate okeyhh..

For the 3 month ni memang emosi sangat tidak stabil.. ntah kenapa.. 3 bulan nokk.. lama terrr.. tapi nak buat macam mana kan, berbalik kepada tajuk entry adalah go with the nice flow yang Allah da tulis untuk buku hidup saya .

Terkilan - Ini saya nak kongsi ngan readers, dalam 3 month ni saya sangat terkilan dengan ikatan persahabatan yang terjalin almost 6 month yang putus tanpa tau punca dan musababnya . Lepas 1 call yang saya tak angkat plus text kat whatapps, fb n masej n then saya tak reply untuk 4 hari  then terus sahabat saya tu macam da tak nak kawan . hmm.. terkilan ngan sifat orang yang macam ni . sangat tak professional saya rasa . I know Allah bagi hubungan tu jadi pendek sebab tak nak saya frust macam sebelum ni kan . Thank You Allah . Syukur .

Tanda tanya -Persoalan yang sentiasa diminda saya . kenapa tetiba jadi macam ni? Takda angin takkan pokok bergoyang . hmm..

Perasaan - Seriusly dalam masa 3 bulan ni perasaan bercampur baur . Ada sedih, marah, geram n gembira . Even jumpa first selepas 2bulan tak jumpa tu memasing macam takda apa masalah . Saya dengan cara saya n awak pun sebaliknya. Duhai hati, mohon kuat kerana Allah. Biar sayang Allah lebih daripada segala-galanya. Sebab itu saya mampu tersenyum lagi depan awak.

Pesanan - Untuk awak, saya doakan awak bahagia dengan cara awak nih. Saya hanya ikut flow yang Allah da tentukan untuk saya. Jangan ego dengan diri sendiri, kelak awak akan menyesal dear. Jangan main dengan kata-kata yang mungkin akan makan diri sendiri. In sya Allah . Sepanjang kita kawan, apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk adalah kesilapan saya sendiri. Saya mohon maaf andai ada terkasar bicara, terlawak sakan dan terluka kan hati awak sampai awak sentap macam ni. Terima kasih atas makan minum n apa-apa yang awak pernah cuba buat untuk saya. Saya hargai yangg :) .# rugi tak simpan tiket tengok wayang tu, suma saya bagi pada awak tapi saya tau awak masih simpan#. keep our memory is da best part in ur life .



with love,
 - wani

Kenapa ?

Assalamualaikum,

Wahai readers, soryyy...saya sangat-sangat takda mood untuk sebulan ni..hmm. ujian lagi untuk kali ini. Allah uji sebab Allah sayang...yes.. i agree :)

Alhamdulillah, Allah sentiasa mahu hambaNya yang sorang ni sentiasa ingatNya. Syukur kerana Allah sayang saya.. Untuk kesekian kalinya, bila mula berkawan je mesti ade je ujian yang datang. Mungkin ni cara Allah bagi petunjuk bahawa saya jangan cepat beri sepenuh hati dengan manusia. Hati hanya pada Allah . Ingat tuu wani..please!! haih.. tapi kali ni sangat berbeza, tetiba berubah tanpa bagi signal pun dan saya dapat rasa puncanya adalah datang daripada pihak saya tapi saya berubah sebab awak juga dah ade orang lain kannn.. napa ego tinggi menggunung sangat sampai jadi macam ni..kita sedih sebab hubung best friend kita dah terhenti setengah jalan.. how la jadi macam ni.. saya mengharapkan even awak ada orang lain pun persahabatan kita still kekal. Semoga Allah bukakan pintu hati awak untuk maafkan kesalahan saya. amin.

Wednesday, July 9, 2014

Konfius .

Assalamualaikum,

12 Ramadhan .

Sekejap je masa berlalu sampaikan da 12 hari puasa pun tak sedo tu..acane lah kan..

Semalam saya update blog pasal hati berbunga kan.. hari ni nak cerita hati berbunga tapi dalam kekeliruan . Haaaa... acane tu readers.. saya sendiri tak tau macam mana..

Sebelum apa-apa perassan muncul saya rasa lebih baik saya berterus terang dan alhamdulillah jam 11.50 malam semalam bersamaan 09 Julai 2014 saya telah cuba mendapatan kepastian daripada awak. Adakah hubungan kita ni lebih daripada seorang kawan atau sebaliknya.. Jawapannya awak masih ingat cerita lama so awak masih belum bersedia.Yeahh.. saya tanya bukan untuk ada apa-apa hubungan ye tapi saya kena berjaga-jaga juga..takut nanti saya ade hard feeling pula kang..susahkan.. Apa-apa pun..saya berserah dengan pencaturan Allah. biarlah Allah yang tentukan segalanya. Biar kita hanya ikut flow yee..


love.
wani

Tuesday, July 8, 2014

Hati Berbunga

Assalamualaikum,

Readers,

WOAHHH..

Hati berbunga selepas  layuu..acane tuu..hehehe..

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hati ini , saya telah bertemu dengan seseorang yang bagi saya sangat-sangat menghargai saya. Yes!! saya tak nak dalam sesuatu hubungan tu masing-masing takut dengan pasangan sebagai contoh ayat " ha..awak takut nak bagi tau saya la tuu" . Err...saya tak suka macam tu..saya cuba nak terapkan hubungan kita ni yang awak menghormati saya bukan takut dengan saya dan begitu juga sebaliknya. Jadi apa-apa yang awak lakukan tu awak mesti hormat yang awak dengan siapa sebenarnya. plzz respect.. itu je saya nak wakk.. Alhamdulillah semenjak kita kawan ni, sikap tu sememangnya da ada dalam diri awak, jadi tak perlu saya nak cakap lagi.. Awak nak pergi mana n buat apa pun alhamdulillah awak akan maklum pada saya. Saya mempercayai awak 100% jangan risau. Haa.. memang bila saya cakap saya dalam perhubungan saya suka percaya orang100% dan kawan-kawan mesti akan " jangan percaya wani..nanti kena tipuuu.." Iyoo..saya tau tu risikonya tapi saya percaya pada jodoh. Kalau betul seseorang tu jodoh kita mesti hati dia akan fokus pada pasangan tu sahaja..betul tak..hehehehe :)

Untuk kisah silam, saya sayang awak tapiii awak tak penah hargai saya. Mula-mula dulu banyak janji yang awak beri tapii bila yang lama muncul kembali, awak mula lupa ngan janji-janji awak tu.. 6 bulan wakk..kita sedih + sabar..hanya adik beradik n most bff saya sahaja tau perasaan saya dalam jangka masa waktu tuu.. xtau nak cakap cane..nangis dan terasa hati dengan sikap awk tu perkara biasa dahh..Sekarang awak muncul balik, awak saja nak bagi saya ingat awak balikkan..In sya Allah itu tidak akan terjadi..bahagia la awak bersamanya.




love.
wani

Thursday, May 22, 2014

S.T.R.E.S.S.

Assalamualaikum,

Readers,

Sejak dua menjak nih..langsung tak da mood.. nak release tension main ATV ayah tak benarkan sebab musim hujan..nak keluar hangout ngan kawan-kawan tapi dorang suma jauhh..huhu..tulunn.. stress dan saya nak masa untuk tenangkan fikiran.

Agaknya terlalu banyak benda nak fikir dan ingat sampai handfone bole tinggal kat ofis.. readers bole bayangkan tak, saya tinggalkan handfone kat ofis tapi bawak balik PUNCHER!! see.. nampak tak serabutnya kepala saya..macam-macam nak fikir nih..how?? hmm..ni kes berat kann3??haha..

 

just imagine . picture like me .

by : wani

Thursday, May 8, 2014

Selamat Hari Ibu :)

Assalamualaikum,

Wahai readers sekalian.. setelah sekian lama tak meng - update blog.. harini datang awal keja so ade mase nak update blog..

Kalo readers tengok title untuk entry kali ni pun ofcos la readers tau tentang siapa saya nak cakapkan..hmm..Iyo..pasal ibu aka Mak saya..tahun ni genap 10 tahun saya kehilangan seorang Ibu. Alhamdulillah masih segar dalam ingatan setiap bait-bait bersama Mak..sangat-sangat rindu..tak da lagi usikan yang saya boleh buat..sebab saya yang selalu kacau mak, dok gurau ngan Mak..andd tempat yang paling favourite untuk saya bila ngan mak adalah bahunya..Bila sedih ke or tersangat happy kat situ lah tempat saya..Sure readers, cuba lah readers buat dalam apa jua keadaan pun tetiba letakkan kepala or hidung kat bahu Ibu readers..saya berani jamin yang readers akan dapat rasa apa yang saya rasa 14 tahun dulu..hehehe..kadang-kadang bila teringat balik macam satu perangai yang pelik jugak sebab dalam siblings saya je berperangai gitu gayanya..kadang-kadang naik rimas mak dibuatnya..hehehe..

Bila saya terfikir balik, dengan apa yang saya ada sekarang..bukan la nak kata mewah tapi memadai dengan ada gaji sendiri, kereta dan kerja tetap ni..sedih sebab mak tak dapat nak lihat sendiri apa yang anak-anak mak peroleh sekarang ni..Saya tau walaupun mak tidak ada di alam nyata, kami sekeluarga akan letakkan mak sentiasa di hati kami ni..Setiap apa yang mak pesan adalah satu guide line untuk kehidupan kami termasuk ayah..Sampaikan saya nak pakai brases pun Ayah, along dan angah dok cakap banyak kali " Awak jangan mengada wani, kan mak tak bagi awak pakai".. see setelah 10 tahun pun kami still ingat pesanan mak..

U are Always In Our Heart Mak.. Miss U and lot of Love With U :)

Sunday, March 9, 2014

Bantulah Kami Ya Allah :(

Assalamualaikum,

Readers, hmm pelbagai rintihan kat fb mahupun blog..sedihh..hanya kepadaMu kami mengadu Ya Allah..Walaupun, tiada ahli keluarga saya mahu pun kenalan tapi hati sikit sebanyak terpalit rasa sedih dan insaf..kat fikiran ni boleh terfikir " macam mana kalau saya yang dalam situasi mereka yang dengan sekelip mata hilang dari bumi Allah ni" , " apa agaknya reaksi family dan kenalan saya andainya saya salah seorang mangsa ".. Ya Allah, takuttt..yes sangat takut sebab masih belum cukup amal ibadah yang belum tertunai..sekarang hanya mampu berdoa' berdoa' dan berdoa'.. pihak berkuasa berusaha dan mari sama-sama tawakkal kepada Allah. Untuk keluarga mangsa, anda harus tabah dan kuat. Sesungguhnya setiap Ujian yang Allah jadikan semestinya ada sebab dan hikmah dariNya..amin..

Mood : pergi keje pun suasana sunyi..hati rintih kesedihan..hmm :(

Thursday, March 6, 2014

Makan Hati .

Assalamualaikum,

Readers, luahan rasa.. perlu ke saya harus menunggu . Saya tak nak da menunggu sesuatu yang tak pasti . Yes.. sekarang ni kita ikut flow.. malas da nak fikir..untuk dengan mana-mana pihak pun saya tak kan serius sebab tak nak nanti diri sendiri yang makan hati..akhirnya saya yang akan sedih..hmm..


hanya padaMu ku berserah .

Monday, March 3, 2014

Sannah Helwah Muhammad Firas Ehan :)

Assalamualaikum reader,

Soryy..sebab lama sangat takn update blog..bz + lappy xda..disebabkan itu ni baru la nak update..

Good News untuk tahun 2014..Alhamdulillah, permulaan tahun ade yang manis dan ade ujian yang datang..sesungguhnya Ujian itu kan menandakan bahawa Maha Pencipta mengingati hambaNya..

Welcome to Mustaffa's members..Saya nak upload gambo baby firas tapi tak boleh sebab saya update blog ni kat ofis so acane tu nak masukkan gambo..so readers kena tunggu lappy bole berfungsi dulu la ek..iyo iyo..saya banyak berjanji nak masukkan gambo tapii non ado..nak watcane kalo lappy takdo dearrr.. hehehe..so sabo jela ek..

Untuk awal tahun 2014 juga, seperti tahun sudah mesti ade dugaan.. Ayah tetiba sakit..darah tinggi naik..haih..seperti tahun2 sudah..sangat mencabar masa tu..tapi walau apa pun..syukur alhamdulillah..dapat etmpuh ujian tu..ermm..wani kan kuat :( a lots of love n thanks kepada sahabat saya Cik Alya Wahidah..yes i mention nama anda sebab saya sangat2 sayangkan awak..awak banyak bantu orang n seorang sahabat yang sudi luangkan masa ngan saya..walaupun pot pet pot pet tapii i love u dearr :) tqqq.. dan juga anda incik hero tukar tayar.. thanks juga dengar cerita saya hari2..hehehe..dengar aduan saya..dengar bebelan saya..hehe..tq..u juga sahabat i..plz remind this word ok.. love both of u..


with love,
.cikwani.